PingJe

Tuesday, August 3, 2010

PERSONALITI BIRU

SOSIAL:
1. Suka menolong, mendidik, membela, mengambil berat, secara semula jadi sama ada disedari / tidak.

2. Banyak menggunakan hati & perasaan ketika berkomunikasi dengan orang sekeliling. Warna BIRU adalah warna BUMI dan warna penyembuh penyakit.

3. Disenangi ramai. Gemar meluangkan masa bersama keluarga & teman. Mudah dijumpai di mana2 majlis. Sukakan aktiviti sosial. Prihatin terhadap kenalan & keluarga. Keluarga adalah keutamaan mereka.

4. Rasa bahagia apabila dapat membantu orang. Sukar untuk melupakan kenalan yang baik / akrab. Keikhlasan berkawan akan ditunjukkan melalui pemberian cenderamata / hadiah kepada orang lain.

5. Suka mengingati tarikh2 penting – hari lahir, ulang tahun & lain2. Suka menghargai orang lain.

6. Suka memberi pertolongan jika diminta. Jadi, perlu lebih berhati2 terhadap orang yang ingin mengambil kesempatan.

7. Kelemahan : sering beranggapan mereka menjadi punca dalam hal yang berlaku / isu yang timbul. Sering bersusah payah untuk menyelesaikan hal tersebut.

8. Mudah peka terhadap bahasa tubuh orang di sekeliling. Mudah sensitif, mudah tersentuh perasaan & mudah mengalirkan airmata sama ada gembira / sedih. Mudah disenangi dan disayangi oleh orang lain.

9. Mudah tersinggung, mudah terasa hati , mudah keliru dengan percakapan orang lain, mudah mentafsir percakapan orang lain dan kadang2 mudah tersalah tafsir. Harus pandai seimbangkan perasaan dalam perhubungan.

10. Tidak memilih kawan, bersikap terbuka, dan tidak suka untuk melukakan hati mana2 pihak. Perlu belajar memilih majlis / rakan2.

11. Agak pendiam & memendam rasa. Susah untuk mengatakan TIDAK. Boleh memendam isu seberapa lama hingga memakan tahun.

12. Perlu lebih yakin dan cuba untuk berkongsi perasaan sebelum hal ini memakan diri. Perlu belajar percayakan orang lain.

13. Suka menggunakan suara yang lembut ketika berkomunikasi. Pandai menggunakan nada yang sesuai ketika mengatasi masalah dengan pendengar. Pendengar yang baik.

14. Nada bahasa & bahasa badan yang spontan membuat orang berasa selesa ketika berkomunikasi. Sukakan komunikasi berbentuk peribadi & tidak terlalu terbuka. Mudah bagi mereka menyentuh perasaan orang lain dengan sikap ini.

15. Mudah berkongsi kasih sayang tanpa syarat. Mudah didekati. Memberi tanpa minta balasan. Kadang2 tersentuh jika pemberian mereka tidak dihargai, namun mereka tetap akan memberi tanpa minta balasan.

16. Orang yang membuat kesalahan mudah dimaafkan. Jadi perlu diingat bahawa jangan terlalu memberi muka kepada mereka yang suka mengambil kesempatan.

17. Takut orang lain membuat penilaian terhadap mereka. Takut mengecewakan orang & takut dikecewakan orang. Perlu belajar untuk bercakap perkara yang benar walapun menyakitkan.

18. Tidak boleh bersikap terlalu baik hati jika tidak mahu dikecewakan.

PERHUBUNGAN:

1. Perhubungan bermaksud perkongsian emosi & perasaan. Mereka berharap pasangan mereka akan cuba memahami mereka dengan lebih baik. Suka memberikan galakan & dorongan kepada pasangan.

2. Sukakan alam kekeluargaan. Suka kepada institusi perkahwinan & keluarga. Sukakan hubungan berbentuk perasaan daripada hubungan intim. Belaian & sentuhan adalah perlu bagi mereka.\

3. Mudah sedih & menangis. Sedih / gembira, mereka mudah menitiskan air mata. Jika menonton wayang sekalipun, emosi mereka mudah terbawa-bawa hingga ke luar.

4. Pasangan mereka perlu faham akan jiwa mereka yang sensitif & perlu selalu berkongsi rasa / perasaan ketika bersama mereka. Masing2 perlu saling Bantu-membantu dalam menjayakan hubungan mereka.

5. Sesuai dengan JINGGA & VIOLET. Dapat mewujudkan hubungan yang baik & hampir sempurna kerana mereka saling melengkapi kebaikan & kelemahan masing2.

6. Pasangan yang sama2 BIRU tidak sesuai digandingkan bersama kerana mereka terlalu beremosi. Mereka perlukan warna2 lain untuk menceriakan kehidupan.

7. Perlu lebih seimbangkan kehidupan seharian supaya dapat hidup dengan lebih harmoni & tenteram.

KEWANGAN & KERJAYA:

1. Tidak begitu menunjukkan minat pada wang yang banyak. Wang bukanlah keutamaan.

2. Kasih sayang, perhubungan, interaksi dan keluarga merupakan perkara yang paling penting dalam kehidupan mereka.

3. Takut untuk mengambil risiko. Mengambil masa untuk membuat keputusan semasak-masaknya. Lambat untuk membuat keputusan. Tetapi keputusan yang diambil / dibuat akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

4. Fikiran mereka perlu berada dalam keadaan tenang sentiasa. Sukar berfikir secara analitis (logik akal) kerana mereka lebih suka mencampur adukkan perasaan dalam banyak hal.

5. Mereka mahu menggembirakan ramai orang. Mereka menjadi rujukan / orang tengah kepada kebanyakan orang.

6. Pendengar yang baik dan mudah memahami masalah orang lain. Mampu memberi sokongan kepada orang lain. Peka terhadap keperluan orang lain.

7. Namun, takut membuat perubahan dalam hidup. Tidak suka mengambil risiko.

8. Mempunyai cita-cita yang tinggi. Pentingkan kerjasama yang harmoni dalam pasukan. Setia pada pasukan. Memimpin melalui teladan. Suka menunjukkan contoh yang baik.

PEKERJAAN YANG SESUAI:

1. Guru / Penulis / penasihat / pengurusan

2. Setiausaha / jururawat / sukarelawan / pegawai kebajikan

3. Bidang perubatan / ahli psikologi / penyelia / juruterapi

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Warna ini tidak membangkang. Dianggap sebagai pihak yang suka menurut dalam kebanyak isu yang sedang diselesaikan. Senang mengikut kehendak & keputusan orang lain.

2. Mereka tidak suka bertekak / merumitkan keadaan. Kadang2 orang akan mengambil kesempatan atas hal sebegini.

3. Perlu bijak dalam menangai isu & menilai pendapat / pandangan orang lain supaya lebih dihormati.

4. Perlu memberi perhatian yang lebih terhadap diri & perasaan sendiri. Fokus kepada isu sendiri dahulu sebelum cuba menangani isu orang lain. Belajar untuk mendahulukan diri sendiri sebelum orang lain.

5. Bina kekuatan, kestabilan & jati diri sendiri terlebih dahulu. Cuba percaya naluri & gerak hati ketika membuat sesuatu perkara.

6. Lebihkan warna MERAH supaya lebih yakin dalam merealisasikan impian.

7. Perlu menjaga kebajikan & kesihatan diri dengan lebih baik lagi. Cenderung menghadapi masalah tekanan darah rendah kerana kurang bersenam dan pemakanan yang kurang baik.

8. Sistem metabolisme yang rendah juga menyumbang ke masalah berat badan yang berlebihan / kurang. Perlu banyak minum air kosong & makan buah-buahan / sayur-sayuran.

9. Suka bermeditasi, beriadah, menikmati alam sekitar supaya lebih tenang. Mereka amat sukakan aktiviti ringkas dan juga aktiviti berkaitan dengan air.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...