PingJe

Monday, August 30, 2010

MERDEKA!!!

Tanggal 31 Ogos...rahmat untuk semua
Tetapi...Merdekakah kita?

Jika masih lagi duduk di bawah jajahan minda dan akal
Tanpa perlu berusaha perbaiki diri, hiasi peribadi;
Jika masih lagi gembira dengan amalan yang dihina
Tanpa perlu mengesali rezeki kurniaan yang dikatakan dicari sendiri.

Jika masih lagi tergolong dalam golongan yang angkuh
Tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun untuk golongan yang daif;
Jika masih lagi alpa dari rasa tanggungjawab sosial
Hanya kerana dikatakan mereka itu golongan 'naif'.

Jika masih lagi perlu mengukur baju di badan orang lain
Tanpa melihat kemampuan yang empunya diri;
Jika masih lagi membanding-bandingkan harta dan wang
Hanya kerana perasaan dengki dan iri hati.

Ketika anak-anak muda menghabiskan masa berpeleseran
Memadu kasih hingga ke penghujungnya;
Ketika anak-anak muda mengatakan kami cinta Malaysia
Sedangkan mereka tidak cuba menyelamatkannya.

Bilanglah hari, hitungkanlah masa,
Sembilan bulan bukannya lama;
Jangan terjadi angkara manusia,
Nyawa si kecil menjadi mangsa.

Merdekakah kita?
Jika terpaksa berdepan dengan golongan Jahilliah
Yang kini semakin punah...semakin parah.
Merdekakah kita?
Jika ibu bapa hanya 'gila' bekerja
Mencari nafkah untuk keluarga,
Tetapi terlupa anak-anak yang harus dijaga.

Semoga kita tidak terlalu leka
Dengan duniawi dan harta semata;
Kerana Akhirat itu jelas dan nyata,
Yang pasti ada Syurga dan Neraka...

MERDEKA!!!
Minda...fizikal...mental...rohani...emosi...
Hiasi peribadi supaya dihargai
Kelak bahagia di sisi Ilahi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...