PingJe

Thursday, August 5, 2010

Bila malas melanda

Bila malas melanda
Nak buka mata pun terseksa
Nak pergi sekolah pun ambil masa
Tapi takut kat Pengetua....

Bila malas melanda
Nak taip laporan pun tak ada masa
Apatah lagi nak berbual mesra
Nasib baik FB yang ada....

Bila malas melanda
Nak pergi jalan-jalan pun tak kuasa
Apatah lagi nak meronda-ronda
Baik aku segera 'membuta'.....

Bila malas melanda
Budak-budak ku renung ke muka
Angin sudah naik kepala
Rasa macam nak meledak semua.

Bila malas melanda
Nak mengajar pun tak berapa rela
Apatah lagi nak bagi ilmu dunia
Bila budak-budak tak bagi muka.

Bila malas melanda
Kawan-kawan semuanya bertanya
Tapi senyuman sentiasa ada
Kerana kawan pengubat lara....

Bila malas datang melanda lagi
Aku segera ingatkan diri
Segerakan usaha tingkatkan diri
Perbaiki emosi serta rohani.

Moga kurang sedikit malas ku nanti
Moga kerja tak tertangguh lagi
Kerana malas itu adalah duri
Yang sentiasa ada di hati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...