PingJe

Tuesday, August 17, 2010

Arghhh!!!!

STRESS??? Perkara yang agak biasa bagi semua orang. Stress boleh dibahagi kepada 2 bahagian : kecil dan besar. Stress kecil biasanya melibatkan masalah yang boleh diselesaikan jika duduk bertenang dan memikirkan penyelesaian yang sesuai. Stress besar melibatkan masalah yang perlu dirujuk kepada pakar / kaunselor dalam mencari jalan penyelesaian.

Saya lebih tertarik akan stress yang dialami oleh pelajar sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah atau di peringkat universiti di mana pada peringkat umur sebegini, tidak ramai yang bijak menangani stress.

Apa itu stress? Stress adalah keadaan di mana minda / otak tidak boleh berfikir secara logik / waras / rasional tentang sesuatu masalah yang timbul diakibatkan oleh diri sendiri atau orang lain atau keadaan sekeliling individu tersebut. Stress boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan tubuh badan seperti : sakit kepala yang serius (migraine), sakit belakang, sakit bahu, sakit perut, mengganggu corak tidur dan corak pemakanan.

Ketika di bangku persekolahan, kebanyakan pelajar mengalami stress yang diakibatkan oleh ibu bapa, guru2, rakan2 dan masyarakat sekeliling. Sedar atau tidak, ia akan menyebabkan pelajar itu bersikap murung dan kurang mahu bergaul. Stress ini boleh menyebabkan prestasi menurun, berat badan menurun / menaik (bergantung kepada sistem metabolisme individu), jerawat, sakit kepala dan sebagainya. Bagi perempuan, ganggguan sistem haid juga disebabkan stress yang melampau.

Ada kes yang menyebabkan pelajar itu mengambil jalan singkat - BUNUH DIRI-. Sepanjang bergelar guru, saya sering berdepan dengan kalangan pelajar yang tidak tahu bagaimana untuk menangani stress. Saya pasti kita semua pernah mengalami keadaan di mana putus asa itu nampak mudah daripada mencari penyelesaian. Namun, dengan iman, InsyaAllah, stress itu akan dapat diatasi.

Stress di kalangan orang dewasa yang telah bekerja, telah berkahwin atau pun yang bujang juga tidak kurang hebatnya. Masalah keluarga, wang ringgit, masalah dengan rakan sekerja / majikan turut mempengaruhi emosi seseorang individu tersebut. Kadang2 stress yang kecil boleh menjadi besar dan melarat hingga mempengaruhi orang di sekeliling. Stress tidak boleh dibiar melarat, akan merosakkan diri dan hubungan dengan orang sekeliling.

Beberapa buah buku yang saya sempat baca ketika bertugas, ada menyebut cara2 mengatasi stress. Saya akan kongsi beberapa tips untuk kita semua:

1. Solat dan berdoa : Perkara wajib bagi kita semua. Semua ini dugaan dari Nya. Kita perlu fikir dengan positif dan pasti ada hikmah di sebalik ujian yang mendatang.

2. Bergaul dengan orang yang 'betul' : Jika kita bergaul dengan orang yang 'salah' , maka jalan hidup kita mungkin akan lebih susah sedikit. Bukan bermakna kita tidak boleh bergaul dengan golongan tersebut, tetapi, pegangan / prinsip kita mesti kuat sebelum kita 'menyelamatkan' orang lain.

3. Nikmati waktu rehat : Pilihlah waktu rehat yang tepat. Lakukan sesuatu yang boleh merehatkan minda dan tubuh badan. Otak telah bekerja seharian. Sekurang-kurangnya, bagilah ia berehat tanpa perlu memikirkan apa2 pun. Baca buku, menonton wayang, mendengar muzik dan lain2 boleh merehatkan otak yang letih. Pabila otak dalam keadaan tenang, stress akan beransur2 hilang.

4. Nikmati makanan dengan betul : Jangan makan ikut nafsu. Makan secara sederhana. Lebihkan air kosong, sayuran & buah-buahan. Makan ikut waktu, bukan ikut nafsu. Corak pemakanan akan menyebabkan terlalu kurus / terlalu gemuk. Penyakit lain mudah menimpa jika kita tidak menjaga corak pemakanan.

5. Sukan & Riadah : Cuba luangkan masa hujung minggu bersama keluarga / rakan2 di taman / di mana2 tempat yang kawasannya banyak tumbuhan hijau. Hijau warna yang boleh menenangkan mata & otak. Rehatkan tubuh dengan berjalan perlahan2 menikmati udara taman. Bersukan secara ringan boleh mengurangkan stress. Ia dapat memulihkan tenagan dalaman dan tidur akan lebih lena.

6. Tidur yang cukup : Tidurlah sehingga 7 / 8 jam mengikut keperluan diri. Jangan berjaga selepas jam 12 malam. Ini akan menyebabkan tubuh dan otak tidak cukup rehat. Jika badan kurang tidur, ia akan mempengaruhi tubuh kita dalam melaksanakan rutin seharian. Tidur sebentar / 'taking nap' pada tengahari juga digalakkan, tetapi hanya sebentar sahaja.

7. Nikmati coklat : Coklat dikatakan mengandungi bahan yang boleh mampu menenangkan otak dan tubuh. Nikmati coklat dengan perlahan dan rasailah gulanya untuk mengurangkan stress. Namun, jika dimakan dalam kuantiti yang banyak...akan merosakkan pula. Makan secara sederhana.

8. Nikmati hidup : Jangan selalu mengeluh. Orang yang suka mengeluh tanpa berbuat sesuatu adalah orang yang rugi. Umur tidak boleh dijangka. Hiduplah dengan baik dan tenang. Janganlah merosakkan hidup dengan aktiviti yang boleh mengakibatkan stress kepada diri sendiri / orang lain. Walaupun hidup hanya sekali, namun jangan disalah erti.

Mudah-mudahan tips2 ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam usaha menangani stress. InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...