PingJe

Thursday, July 29, 2010

PERSONALITI MERAH

SOSIAL:

1. Suka & pandai bersosial dengan teman, keluarga dan orang sekeliling di tempat awam.
2. Mempunyai daya tarikan tersendiri &mementingkan gaya penampilan kerana sukakan perhatian dan menjadi subjek ramai.
3. Bertenaga &berkuasa. Mampu memberikan kegembiraan kepada orang lain. Orang lain akan berasa ceria dan selesa kerana anda aktif dan ceria.
4. Suka mendengar pendapat orang lain. Mudah membina perhubungan. Peka & mudah mengambil kesempatan berdasarkan keadaan sekeliling.
5. Unik, kreatif &agresif. Agresif adalah kelemahan. Orang mudah rasa tertekan dengan sikap ini.
6. Dikatakan mudah menunjuk-nunjuk. Sebenarnya ini dipengaruhi semangat dan keyakinan yang tinggi.
7. Penampilan yang kreatif & kadang2 tidak sesuai dengan tempat / majlis.
8. Pemikiran agak konservatif tetapi tahap kreativiti melampaui batas konservatif.
9. Perlu peka dengan keadaan persekitaran supaya tidak terlalu menonjol / berbeza dengan orang lain.
10. Dapat berekspresi melalui kata2, aktiviti fizikal / bahasa tubuh. Tetapi agak sukar menyembunyikan perasaan yang hadir secara spontan.
11. Sikap terus-terang kadang2 tidak digemari oleh orang lain. Tidak pandai menyembunyikan rasa / pendapat tentang sesuatu perkara.
12. Agak mudah terasa &terguris hati. Tetapi ego menghalang untuk meluahkan rasa.
13. Mahir dalam komunikasi tetapi lebih ke arah perniagaan yang menguntungkan.
14. Menyukai orang lain yang mempunyai sama minat.

PERHUBUNGAN
1. Ada daya tarikan membuatkan pasangan tertarik. Daya penarik yang segar & bertenaga.
2. Sukakan hubungan jangka pendek dan berbentuk fizikal.
3. Kurang gemar hubungan jangka panjang kerana melibatkan emosi.
4. Suka berfikir ke arah seksual & ianya dianggap perlu dinikmati kerana mempengaruhi corak kehidupan.
5. Suka berkawan ramai kerana mudah dibawa berbicara tetapi tidak melibatkan hubungan emosi.
6. Kurang mempunyai teman rapat.
7. Suka menghabiskan masa di luar. Jika sudah bekeluarga, sukar untuk duduk lama di rumah. Akan kebosanan. Namun, jika pasangan mendorong, mereka akan mudah dilentur dan diubah.
8. Perlu faham bahawa kehidupan ini perlu seimbang semua hal.
9.Jika bersama BIRU atau INDIGO, perlu lebih sensitif terhadap pasangan
10. Mudah tertarik dengan Personaliti HIJAU.


KEWANGAN & KERJAYA
1. WANG & KUASA adalah penting.
2. Suka bekerja sendiri atau dipimpin orang lain.
3. Tidak suka dikongkong, disuruh & sering bertindak secara bersendirian.
4. Suka jadi pemimpin daripada orang bawahan.
5. Motivasi dan yakin diri yang tinggi. Mempunyai matlamat hidup yang nyata. Tidak akan meninggalkan kerja separuh jalan.
6. Bersifat Pemenang.
7. Menggunakan semangat diri untuk maju. Praktikal dalam kerja dan tidak sukakan teori tanpa praktikal.
8. Mampu menyelesaikan masalah menggunakan tenaga mereka.
9. Tegas membuat keputusan. TIDAK / TIDAK MUNGKIN tiada dalam kamus mereka.
10. Pendesak dalam sesetengah hal. Kurang sabar. Kurang diminati oleh orang bawahan. Tetapi mudah mencapai kejayaan kerana semangat juang yang tinggi.
11. DEGIL. Tidak suka tunduk dengan keputusan orang lain yang dirasakan tidak perlu.
12. Harus belajar menerima pendapat orang lain dan bawa berbincang.

PEKERJAAN SESUAI :
1. Ahli perniagaan.
2. Ahli sukan / atlit
3. Ahli Profesional
4. Jurujual.
5. Industri makanan / perkilangan / kontraktor
6. Artis / model

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:
1. Aktiviti fizikal yang paling sesuai untuk menjana tenaga yang digunakan.
2. Berehat sejenak dari tugas sangat perlu.
3. Cari jalan untuk menyalurkan lebihan tenaga : elemen api yang hangat untuk membantu sesiapa yang memerlukan dorongan &motivasi dalam hidup.
4. Mampu menjadi pendengar &pendorong yang baik.
5. Perlu lengkapkan kehidupan dengan ilmu supaya tidak hilang punca apabila sesuatu matlamat sudah dicapai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...