PingJe

Friday, July 30, 2010

PERSONALITI JINGGA

SOSIAL:


1. Bukanlah orang yang gemar bersosial. Gemar bersendirian kerana tidak suka diganggu.

2. Tidak mempedulikan cakap2 orang. Keadaan sekeliling hanya menyekat kebebasan mereka jika terlalu mengambil kisah. Mereka berhati2 dalam memilih kawan.

3. Tidak selesa diperhatikan / dikongkong. Ingin melakukan semua perkara mengikut cara mereka. Tidak suka menerima bantuan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Dianggap egoistic.

4. Tidak sukakan peraturan. Cenderung membuat peraturan sendiri jika dalam kumpulan / kawasan sendiri.

5. Bukanlah menafikan undang2 sepenuhnya. Hanya mengikut jika dirasakan perlu.

6. Kawan & keluarga bukan perkara utama yang dipentingkan jika mereka dikawal.

7. Berkomunikasi : suara lantang, suka berterus terang, tidak suka berselindung.

8. Bijak menyatakan kehendak & pendapat.

9. Berasa sunyi kerana sering bersendirian. Perlukan teman yang memahami.
PERHUBUNGAN:
1. Kurang berminat dengan hubungan jangka panjang. Tidak sukakan komitmen / rasa dikawal.

2. Tumpuan utama : perniagaan, kewangan, kerjaya dan harta.

3. Institusi keluarga dirasakan kurang penting.

4. Cergas & sihat. Sukankan sukan dan cabaran.

5. Suka berkenalan dengan pihak yang mempunyai minat yang sama.

6. Kurang peka dan kurang menunjukkan emosi dalam perhubungan.

7. Tidak sukakan tanggungjawab. Suka kelonggaran dalam perhubungan yang tidak terikat.

8. Namun, kebebasan, kuasa & ruang perlu diberi jika ingin mengikat mereka dalam perhubungan..

9. Menarik, berkarisma, dinamik, hebat dan sensasi mendebarkan.

10. Berani melakukan sesuatu yang luar biasa.

11. Kelemahan: mereka suka berada dalam ‘dunia’ ciptaan mereka.

12. Suka berinteraksi dengan Personaliti MERAH dan KUNING.

13. MERAH : melakukan aktiviti fizikal & cabaran bersama. Mempunyai kekuatan yang lebih kurang sama. Boleh mengimbangi antara satu dengan yang lain.

14. KUNING: Suka bermain & kurang serius. Mampu bekerjasama, memberi keputusan dan kreatif.

15. Menghadapi masalah dengan Personaliti BIRU & HIJAU : mereka kurang selesa kerana Biru dan Hijau lebih ke arah sensitiviti yang tinggi.

16. Selesa berada dekat dengan Personaliti INDIGO : peka & kreatif bila bersama. Namun jika ada perhubungan cinta, kedua-duanya akan seperti berada dalam 2 dunia yang berbeza.

17. Perlu bersikap terbuka & bekerja keras jika ingin menjayakan hubungan jangka panjang.

KEWANGAN & KERJAYA:

1. Berdikari : boleh melakukan sebarang kerja bersendirian. Hidup secara ringkas dan wang bukan keutamaan. Mampu menjana kewangan yang baik.

2. Tidak meminta-minta, tidak mengejar kemewahan. Sanggup menghabiskan wang demi hobi mereka.

3. Mampu menjadi pemimpin yang kreatif. Menunjukkan potensi optimum jika diberi kelonggaran & kebebasan. Cara kepimpinan yang kreatif menyebabkan mereka mempunyai pengikut yang ramai.

4. Penyelesai masalah yang kreatif. Menganlisa masalah dari pelbagai aspek sebelum menyelesaikannya. Membuat pertimbangan & kemudiannya cuba menyelesaikan masalah menggunakan pelbagai jenis sumber.

5. Kuat bekerja. Sukakan cabaran. Gembira apabila projek yang mencabar itu berjaya pada peringkat akhirnya.

PEKERJAAN SESUAI:

1. Ahli perniagaan.

2. Pereka / arkitek / kontraktor.

3. Penyiasat.

4. Sukan lasak / pelumba / pilot

5. Pemaju / pengarah filem / chef

KESIHATAN & PERTUMBUHAN:

1. Perlu sentiasa aktif dengan kekal bersenam. Pengambilan karbohidrat yang lebih untuk tenaga.

2. Senaman yang sesuai : berlayar, mendaki gunung, menaiki kuda dan aktiviti luar.

3. Perlu cuba untuk meneroka jati diri. Lebih gemar menerokai ‘luar’ diri daripada ‘dalaman’ diri.

4. Perlu cuba untuk lakukan hubungan perasaan dengan teman & keluarga. Perlu cuba tingkatkan komitmen & komunikasi supaya lebih mesra. Perlu cuba untuk tidak pentingkan diri sendiri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...