PingJe

Thursday, July 29, 2010

Having twins....

Orang selalu tanya....seronok tak dapat anak kembar? Memang la seronok sebab sekali je semua proses itu berlaku. Tapi untuk menjaga mereka dalam usia muda amatlah memenatkan.

To be exact, kitorang tak pernah pergi honeymoon berdua kerana dah la kahwin muda (22 tahun), kemudian sibuk cari duit. Umur 24 dah ada anak...kembar pula tu. Yang paling best bila doktor scan dan cakap...."I can see two hearts..." Midon terus je mengalirkan air mata.

Nak jadi emak...ibu...mama...or even MUMMY sekali pun memang mencabar. Yang terasa apabila terpaksa mengorbankan tidur...masa...tenaga...semasa mereka kecil. Mereka akan terjaga serentak. Dalam tempoh enam bulan pertama, semua aktiviti berjalan serentak....nasib baik emak ada. Boleh la belajar ilmu menjaga anak2 daripadanya. Tetapi, apabila anak2 dah besar....nikmatnya hanya Allah yang tahu....

Kelahiran yang berbeza selama 20 minit membuatkan saya terasa begitu sakitnya seorang ibu melahirkan anak. Jadi, saya berjanji akan menjaga anak2 ini seperti yang dilakukan oleh emak saya sendiri.

Namun...manusia itu ada kelemahannya....Panas baran merupakan cabaran yang paling hebat yang pernah saya kalahkan. Nasib baik Midon merupakan seorang suami yang amat penyabar dan dia semakin tahu bagaimana untuk mengenalpasti kelemahan saya itu.

Kembar yang berbeza jantina mungkin senang untuk dibezakan...perangai pun tak sama. Yang si Abang...Alzam Muqri (Yang tekun, Ahli ibadat)....merupakan anak yang paling manja. Walaupun dia yang keluar dulu, tapi perangainya seperti adik bongsu. Mungkin benar kata2 orang2 tua dulu...yang kakak/abang akan benarkan adiknya keluar dulu.

Absarina Uzma...(Penglihatan Kami Terbesar, Terbaik)...merupakan anak yang mudah dijaga berbanding abangnya. Dari dalam kandungan lagi dia agak besar dan aktif berbanding abangnya.
Alhamdulillah, walaupun Alzam ada lelah sedikit, dia juga agak aktif apabila semakin membesar.
Beberapa petua yang diturunkan oleh emak:

1) Kalau boleh, bayi itu diikat barutnya sehingga berusia 2 bulan. Jangan dibiarkan bayi tidak berbaju walaupun musim panas. Yang penting, jangan tidur dalam bilik ber air-cond. Paru-paru bayi masih belum kuat untuk menerima kesejukan melampau. Mungkin pada kita suhunya ok, tetapi bayi tidak mampu melawan kesejukan.

2) Biasakan anak berbaju walaupun tanpa lengan. Dadanya perlu ditutup jika cuaca agak panas ketika ditidurkan tidak berbaju. Emak selalu berpesan, kadang-kadang peluh itu baik untuk tumbesaran anak.

3) Kembar saya berbeza tahap kesihatannya. Abang mudah terkena demam dan selsema. Adiknya kurang terkena penyakit. Namun, sejak dari kecil memang diajar tidur hanya di bawah kipas siling sahaja. Walau musim panas sekalipun, mereka boleh tidur nyenyak berbanding dengan anak yang biasa tidur dalam bilik ber air-cond.

4) Makanan : ada beberapa orang kawan saya mengadu anak2 mereka tidak mahu makan ketika usia 6 bulan. Saya mengikut petua emak, anak2 perlu diberi susu badan sehingga usia 2 tahun (saya kekeringan susu apabila usia mereka genap 6 bulan...sedih sangat). Anak2 saya tidak minta makanan ketika umur 6 bulan dan saya tidak memaksa mereka makan. Susu badan atau susu tepung memang sudah lengkap dengan zat. Memaksa mereka makan seawal usia mereka hanya akan menyebabkan tembolok (saya kurang pasti perkataan ini...tetapi bermaksud dalam perut) menjadi lebih besar dan apabila mereka membesar, mereka akan makan melebihi had mereka. Terlalu banyak kes di depan mata saya di mana anak2 menjadi obesiti dan perlu kawalan doktor. Kita kena pastikan bahawa usia anak kita itu sesuai untuk makanan berat atau tidak.

Kembar saya hanya mula makan makanan pejal pada umur 1 tahun. Langsung tidak menyukai nestum kerana strukturnya yang lembik. Penyusuan yang lengkap tidak akan membantutkan tumbesaran anak2. Kadang-kadang saya berasakan ibu2 berasa risau jika anak2 tidak mahu makan. Hakikatnya, perut mereka masih kecil. Dan susu itu sudah membuatkan mereka berasa kenyang.

5) Pada usia 2 tahun, makanan berat sudah mula dinikmati. Namun, kembar saya pemilih. Terlalu pemilih. Agak sukar untuk menyuruh mereka mengambil makanan seimbang. Jadi, saya tambahkan buah-buahan dan yogurt dalam pemakanan. Skala pemakanan individu tidak sama. Cuma yang perlu kita faham adalah, tidak perlu tergesa-gesa untuk memaksa anak2 menikmati makanan yang kita rasa sedap, berkhasiat dan enak bagi kita. Atau mungkin kita teruja melihat anak2 orang lain makan dengan berselera, tetapi anak2 kita hanya makan jika mereka ingin makan sahaja.

6) Semua orang sayangkan anak. Saya ada melihat senario di mana anak sulung (pertama) tidak dimarah apabila membuat kesalahan. Apabila mendapat anak kedua, maka anak sulung ini akan memberontak. Memarahinya pada ketika itu adalah salah dari segi psikologi kerana sebelum ini dia tidak tahu apa yang dibuatnya adalah satu kesalahan.

Kembar saya suka memberontak walaupun di shopping complex. Apa yang saya buat? Amaran sebanyak 3 kali. Suara ditinggikan. Dan langkah yang terakhir, jari tangan mula bekerja. Sejak mereka berusia 1 tahun, proses itu bermula sehingga sekarang. Saya tidak berapa bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa rotan itu salah. Rotan lah anak di tapak kaki. Tapi tidak lah terlalu kuat sehingga mudarat. Rotan sekadar menyedarkan dia bahawa dia telah melakukan kesalahan. Namun kini, saya hanya menunjukkan rotan tanpa perlu merotan sesiapa kerana mereka sudah mula memahami jika mereka tidak berbuat sesuatu selepas bergaduh, Mummy mereka akan merotan mereka. Jadi, lebih mudah mereka berbaik semula selepas bergaduh atau melakukan kesalahan.

Mempunyai anak merupakan satu nikmat yang tak terhingga. Dari kecil kita tatang dan asuh supaya menjadi orang yang berguna. Yang paling penting, doakan lah dia setiap hari. Ada kes yang saya dengar .... "Ala, mak saya selalu guna perkataan tu bila dia marah. Dah tak rasa apa2 pun..." saya rasa tersentak. Apabila seorang ibu menggunakan perkataan yang tidak baik...maka hasilannya pun agak kurang baik. Tidak begitu? Sebenarnya si ibu sudah penat bekerja dan kerenah anak2 yang pelbagai akan mula menganggu. Jadi, saya rasa ibu itu harus lah mencari alternatif supaya tidak menggunakan perkataan kurang elok ketika memarahi anak2nya. Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu itu adalah doa.

Apabila orang bertanya..."Tidak mahu tambah ahli?" Saya hanya menjawab...suami tidak izinkan lagi. Bukan apa, suami saya turut merasa pahit manis membesarkan kembar saya yang berbeza kerenahnya. Dan dia berpendapat, biarlah sedikit, asalkan kasih sayangnya banyak terhadap mereka. Daripada orang yang mempunyai anak ramai tetapi terbiar tanpa dibelai. Hmmm.....

Hidup ini singkat. Nikmatilah hidup. Jangan abaikan anak2 hanya demi mencari kesenangan diri. Anak2 itu pengikat hubungan kekeluargaan. Jika dididik kasar...hasilnya pun akan kasar. Jika dididik halus...InsyaAllah.....selamat kita di akhirat kelak.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...