PingJe

Thursday, July 29, 2010

Apakah WARNA anda?

Apakah warna PERSONALITI ANDA?


Jawab soalan di bawah. Jika bilangan ‘YA’ lebih banyak, maka kamu tergolong dalam kumpulan warna tersebut.

MERAH: Saudara merupakan seseorang yang…

1. Seorang yang berdikari.

2. Percaya bahawa diri sendiri unik.

3. Mempunyai ciri2 pemimpin.

4. Suka mendapat perhatian dalam aktiviti social.

5. Potensi diri ditonjolkan dalam bentuk fizikal.

6. Sukakan sesuatu : elemen lasak, kelajuan, keghairahan yang merangsang kehidupan.

7. Mementingkan pencapaian matlamat dan bersikap kompetetif.

8. Seks adalah suatu keperluan yang perlu diutamakan dan ia pengalaman yang menyeronokkan.

9. Sukakan kebebasan dan tidak suka dikongkong dalam perhubungan.

10. Gemar komunikasi jujur, berterus terang dan tidak berselindung.

11. Membuat keputusan tergesa-gesa tanpa berfikir panjang.

12. Bertenaga, yakin pada diri, praktikal dan tidak suka bergantung pada orang lain.

JUMLAH ‘YA’: ……….

JINGGA: Anda merupakan seseorang yang...
1. Membuat perancangan teliti.

2. Suka aktiviti lasak berbentuk fizikal.

3. Menghayati kehidupan sepenuhnya.

4. Gemar bercakap mengenai cabaran yang dihadapi.

5. Seks adalah pengembaraan yang menyeronokkan.

6. Mengutamakan kebebasan dan perkara penting dalam kehidupan.

7. Merancang strategi untuk projek akan datang.

8. Kadang2 mengunakan kuasa anda untuk mendesak orang lain.

9. Tidak berminat terhadap pandangan orang lain terhadap anda.

10. Berminat : bidang pemasaran, perniagaan, dan jualan.

11. Tidak suka melengah2 / membiarkan sesuatu perkara berlalu begitu saja.

12. Berpendapat : kehidupan, kerjaya & perhubungan perlu seimbang dan penting.

JUMLAH ‘YA’: ……….

KUNING: Saudara merupakan seseorang yang…

1. Spontan & penuh dengan idea kreatif.

2. Bijak.

3. Suka mengembara / berehat di pantai.

4. Kelihatan muda dari usia sebenar.

5. Tidak suka terikat dengan komitmen / tanggungjawab.

6. Jarang menepati masa terutamanya ketika mesyuarat.

7. Menghabiskan masa bersama keluarga / teman : riadah & bermain.

8. Tidak suka mengenang kisah silam, terutama yang sedih.

9. Gemar kerja2 kesenian : kreatif / hasil tangan.

10. Prestasi bagus di permulaan tugas. Menurun ketika menghabiskan kerja itu.

11. Kurang selesa jika tidak bersenam.

12. Sensitif dengan bahasa tubuh (gestures) orang lain.

JUMLAH ‘YA’: ……….

HIJAU:  Saudara merupakan seseorang yang…

1. Bersikap terbuka.

2. Boleh bercakapmengenai banyak topik dalam beberapa jam.

3. Pentingkan kedamaian dan keharmonian dalam hidup.

4. Suka bergaul & berkomunikasi dengan orang lain.

5. Pentingkan alam semulajadi.

6. Sukakan haiwan & bunga-bungaan.

7. Hubungan rapat bermaksud: kasih sayang dan perkongsian.

8. Dianggap teman, kaunselor dan guru yang baik oleh masyarakat.

9. Suka meluangkan masa dengan keluarga dan teman.

10. Perhubungan & persahabatan penting dalam kehidupan.

11. Suka member nasihat, berkongsi perasaan, mengajar, & berkomunikasi dengan orang ramai.

12. Suka meluahkan & berkongsi perasaan dalaman dengan orang lain supaya berasa lebih tenang.

JUMLAH ‘YA’: ……….

BIRU: Saudara merupakan seseorang yang…

1. Suka bersosial dengan orang lain sepanjang masa.

2. Suka member dorongan kepada orang lain.

3. Kurang bercita-cita tinggi & agak konservatif.

4. Keluarga diutamakan.

5. Sukar mengatakan TIDAK kepada sesuatu yang tidak disukai.

6. Mempunyai sistem metabolisme (pembakaran kalori) yang perlahan.

7. Lebih mengambil berat terhadap orang lain berbanding diri sendiri.

8. Cinta adalah lebih penting berbanding seks.

9. Kasih sayang dan yang berkaitan dengan kerohanian adalah penting.

10. Sukakan penghargaan dan kasih sayang.

11. Sukakan kedamaian, mengambil berat, mendorong & menyokong orang lain.

12. Mahukan kesihatan yang baik, kasih sayang dan hubungan yang seimbang.

JUMLAH ‘YA’: ……….

INDIGO: Saudara merupakan seseorang yang…

1. Kehidupan adalah kasih sayang dan cinta.

2. Percaya dan sering mengikut naluri / intuisi.

3. Memerlukan kebebasan & kekuatan supaya lebih yakin.

4. Sensitif tetapi berdikari.

5. Suka membantu orang lain maju ke hadapan.

6. Memerlukan tempat berlindung yang selamat.

7. Cinta lebih penting daripada seks dan keghairahan.

8. Agak sukar berinteraksi dan berekspresi (raut wajah) melalui tindakan fizikal.

9. Gemar meluahkan perasaan dengan perkara bersifat seni seperti muzik.

10. Berfikiran konservatif (kolot) dan memandang kerohanian sebagai perkara penting.

11. Mengikut gerak hati, artistic (seni) dan kreatif.

12. Kejujuran, kepercayaan & kesetiaan : elemen penting dalam kehidupan.

JUMLAH ‘YA’: ……….

VIOLET: Saudara merupakan seseorang yang…

1. Suka memberi inspirasi dan motivasi kepada orang lain.

2. Disukai ramai kerana tarikan yang ada pada diri.

3. Selalu terlibat dengan pelbagai projek dalam satu masa.

4. Wang : lambang kuasa & pengaruh kepada anda.

5. Perlu & suka berdikari bagi mencapai impian.

6. Biasanya menjadi ketua / pusat perhatian masyarakat.

7. Gemar & terangsang dengan sesuatu yang berkaitan dengan seks.

8. Meminati muzik, terutamanya berentak perlahan.

9. Kejayaan diukur kepada matlamat yang dicapai.

10. Suka berimaginasi & berfikiran inovatif.

11. Keyakinan diri yang tinggi tetapi berjiwa sensitive.

12. Ingin menjadi seorang yang terkenal / ingin melakukan sesuatu yang penting dalam kehidupan.

JUMLAH ‘YA’: ……….

***Sila baca pada ruangan warna anda... <

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...